Thursday, May 31, 2012 | | 0 Pesan Sesuatu

Jual.. Jual... "Personalized fridge magnet"

STICKY POST : Promosi bisnes adik & isteri....

(Sila scroll ke bawah sanaaaa untuk entri baru...)


Jika berminat, boleh kemukakan persoalan pada tuan tanah yee... nanti saya sampaikan pada tuan kedai... kedainya di Teluk Intan, Perak.... urusan penghantaran melalui pos boleh diuruskan...

Tuesday, May 29, 2012 | | 0 Pesan Sesuatu

Final Year Presentation

Minggu ni penuh jadual pembentangan projek akhir budak-budak CS final year.... sebelum cerita panjang, nak bagi sejarah sket tentang FYP nih... FYP ni actually memang dah wujud dalam pelan akademik untuk CS dijadikan sebagai pilihan dengan latihan industri.... malangnya selama-lama ni budak-budak CS diberitahu FYP tidak ada sebenarnya, yang ada cuma latihan industri.... tak tahu la 'pihak ketiga' mana yang pandaiiiiii sangat bagi informasi tu..... cuma 2 semester lepas, baru kita berjaya laksanakan pilihan tu... dan ada la 2 budaknya yang nak buat FYP pun.... yang lain pilih latihan industri... masuk semester ni pulak, ntah angin ribut mana melanda kat pihak atasan, latihan industri pula yang dibatalkan terus... jadi tiada lagi pilihan untuk budak-budak CS melainkan hanya FYP sahaja... ada la dalam 13 budak yang bertungkus-lumus menyiapkan FYP...
dari Rabu minggu lepas dah mula sebenarnya pembentangan nih.... alhamdulillah, nampak kumpulan pelajar yang 13 ni lebih bersedia dalam pembentangan.... informasi cukup, sistem jalan, penerangan juga jelas.. tapi yang tak tahan tu... siap angkut adik kakak mak datang tengok... penyokong ramai benarrrr.... ada pulak yang siapkan preparation sampingan....
dengan brochure, ceklat, kahwa, macam-macam adaaa....
Korang ada cam ni? kekekeke....



Wednesday, May 23, 2012 | | 4 Pesan Sesuatu

Doakan mereka sihat..

UPDATE: Kak Salmah telah kembali ke rahmatullah semalam... Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat...

Dalam minggu ini, 3 berita 'kesakitan' saya terima, dari ahli keluarga dan juga sahabat-handai. Mohon kita sama-sama doa kepada Allah agar mereka kembali sihat dan ceria seperti biasa.
Yang pertama untuk nendaku tersayang... yang kupanggil opah, my abah's mother. Saya diberitahu opah sakit sejak 12/5 yang lepas. Bermula dengan tekanan darah yang tinggi, diikuti jari-jemari tangan serta kaki opah merasa kebas. Lanjutan itu, berjalan pun perlu dipimpin (anyway, mama kata opah cukup tak suka dipimpin.. Huhu..). Sepatutnya opah perlu hospitalized tapi tau jek la kan... most orang2 tua takkan mahu duduk di hospital. Dan disebabkan ujian ECG normal, percakapan opah normal dan opah mampu berjalan, maka doktor benarkan pulang. Cuma perlu ke hospital untuk buat terapi.
To my dearest opah, please rajin-rajin makan ubat dan buat terapi. Dengar cakap anak-anak tau... They want the best for you... :-)
Yang kedua, teman Yanbu ku - Kaherah. Dikau sakit PCO (betul ke ni?), apa bendalah tu.... tak penah den dongar. Siap Faezah tolong jagakan, mesti serius kan. Sian awakkk... kawan awak ni tak tahu pun... Siap tuan badan dah tulis kat blog baru tahu. Huhu... Makan ubat eekkk kalau ada, jaga makan sama... InsyaAllah kita sama-sama doakan penyakit ni sembuh dah dapatlah kalian menambah ahli keluarga secepat mungkin. Kan... kan... kan...
Dan yang terbaru berita sakit dari seorang adik jauh di Australia. Yang sakit kakaknya nun di Brunei. Katanya kakaknya menghidap sindrom HELLP. Kes yang sangat jarang berlaku pada pregnant ladies (1 in 1000). Anak dalam kandungan kakaknya telah pun gugur di usia 4-5 months. Dan kakaknya kini sedang berada di ICU, disebabkan liver gagal berfungsi dengan baik dan effectnya sekarang pada kidney.
Mari kita sama-sama doakan agar liver kak Salmah Mohamed Ariff akan sembuh dan kembali berfungsi secara normal dan segala kesan sampingan akan turut sama sembuh seperti sediakala. Aminnn.. InsyaAllah...


- This entry is posted using BlogPress

Monday, May 21, 2012 | | 2 Pesan Sesuatu

Tanda Penghargaan

Inilah seorang pelajar Saudi yang pada saya pandai menghormati guru dan bersopan-santun. Dia juga seorang pandai beramah-mesra dengan guru-gurunya tapi pada masa yang sama tetap menghormati 'sempadan' guru-pelajar.
Kali pertama saya mengajarnya dulu, dia sedang mengandung anak sulung. Nevertheless, dia tidak pernah menggunakan pregnancy sebagai alasan untuk 'mengulat'. Harapannya amat tinggi ketika itu untuk mendapat kedua-duanya sekali.... anak pertama selepas beberapa kali keguguran dan menduduki peperiksaan akhir sebelum melahirkan anak.... Dalam mengharungi kepayahan cabaran sebagai pelajar, ibu dan isteri, dia tetap berjaya mengekalkan prestasi, walaupun menurutnya pernah si suami meletak syarat tidak boleh gagal walaupun 1 subjek atau tamatkan pengajian dan duduk di rumah..sedih sungguh dia ketika itu...
Semester ini adalah semester terakhirnya. Graduat akhirnya walaupun lebih lama dari rakan-rakan se-pendaftaran yang lain... yang penting usaha gigih ibu 2 anak ini berbaloi.... tanda penghargaannya pada guru-guru yang pernah mengajarnya selama ni, inilah pemberian darinya...

Coklat CD dari ChocoLine

Ni panggil apa eekk - Trophy ke?
Thank you so much dear Mea'ad... We will definitely missed you.... We really appreciate your kind remembrance.

Saturday, May 19, 2012 | | 2 Pesan Sesuatu

Nggeeeee...

Hari ni dah bermulanya minggu final exam. Pagi ni teman kena jaga subjek english untuk budak-budak prep. 2.5 jam tu... Aduhaii... Dah la perut lapar tak sempat breakfast, menguap tah berapa kali tah... Bosannya jaga exam ni weeehhh... Untuk mengurangkan tahap kebosanan, teman pun intai-intai la jawapan budak-budak tu.. Hehehe.. Lebih kurang camni la ayatnya:

1. Tom cruise is my favorite actor. I like it very much.

2. I have a lot of books. Let's read us.

3. Write about your home town. My home is big and it has many rooms in up floor.

Ni pulak conversation teman dgn sorang student:
Section A - listening part. Kena tunggu teacher masuk bawak audio rakaman. So teman dah announce kat dalam bilik tu, buat section lain dulu sampai la cikgu tu datang. Ada sorang hamba allah ni, teman tengok kusyuk baca soalan section A tu. Teman pun tegur la dia, jangan jawab lagi. Buat soalan lain dulu. Dia kata 'takpe miss. Saya nak baca jek soalan dia'. Taiibbbb... Naper la ko nak buang masa baca soalan yang kompom tak boleh jawab lagi. Huhuhu...

- This entry is posted using BlogPress

| | 0 Pesan Sesuatu

Presentation & Evaluation

The whole week last week (except Monday of the YUC Fair), many of junior/senior courses conducted their projects presentation.
I had only 1 junior course and it was only analysis-type of projects, not so much of hassle to evaluate them except for few 'copy-paste-but-don't-understand' cases.
However, I was the external evaluator for 3 other different courses. Pphheewww... Nak termuntah dibuatnya...


Tiring when we had to sit and listen while trying to understand the projects objectives and outcomes, for 2 hours straight, per course!! Huhuhu...



** ada orang kata jadi cikgu/pensyarah ni senang... mmmm... cubalah dulu eeehh.. **



- This entry is posted using BlogPress